SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun ditembak dipercayai selepas mencuba merompak seorang remaja berusia 17 tahun dengan senjata api.

Suspek dihantar ke hospital untuk rawatan dan ditahan selepas dibenarkan keluar, kata polis memetik laporan Newsweek.

Kejadian berlaku di luar premis perniagaan di California, Amerika Syarikat pada 26 November lepas.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, Polis Daerah Tulare berjejas ke lokasi kejadian dan mendapati suspek cedera akibat ditembak.

Suspek didakwa cuba merompak remaja berkenaan yang berada di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan tersebut.

Ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa.

"Ketika cuba melarikan diri, mangsa pula mengeluarkan sepucuk pistol miliknya dan melepaskan tembakan ke arah suspek.

"Selepas suspek terkena tembakan, mangsa kemudian terus beredar dari tempat kejadian," kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya dan dibenarkan keluar pada 16 Disember.

Dia kemudian ditahan dan kini ditempatkan di Fasiliti Tahanan Juvana Daerah Tulare.