awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-mel terbaharu dedah Epstein, Larry Summers saling sindir keupayaan Trump
Carlo Rino cadang pindah ke Pasaran Utama menjelang separuh kedua 2026
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tangisi kekalahan Jerman bakal dapat RM155,000

Agensi
Agensi
04/07/2021
14:22 MYT
Kanak-kanak tangisi kekalahan Jerman bakal dapat RM155,000
Foto kanak-kanak ini tular selepas kekalahan Jerman dan menjadikannya subjek buli siber. - JustGiving
SEORANG lelaki dari Wales telah berjaya mengumpulkan £27,000 (RM155,384) untuk seorang kanak-kanak perempuan Jerman yang menjadi mangsa buli siber susulan kekalahan negara itu kepada England dalam perlawanan Euro 2020, baru-baru ini.
Joel Hughes, 51, memulakan kempen pengumpulan dana dengan tujuan 'untuk menunjukkan bahawa tidak semua penduduk United Kingdom mempunyai sikap yang tidak baik', selepas gambar kanak-kanak itu yang tular menjadi subjek sindiran dan kata-kata kesat sebilangan penyokong bola sepak England.
Jumlah yang dikumpul itu jauh lebih banyak daripada sasaran awal iaitu £500 (RM2,877), tetapi sehingga kini dia masih belum dapat menghubungi keluarga kanak-kanak itu.
Bagaimanapun Joel, dari Newport, memaklumkan bahawa dia mempunyai maklumat dan berhubung dengan wartawan Jerman mengenai perkara itu.
Sekiranya dia tidak berjaya menemui keluarga kanak-kanak itu atau jika mereka tidak mahu menerima sumbangan tersebut, Joel akan mendermakan wang berkenaan kepada mana-mana organisasi berkaitan dengan anti buli siber.
Joel mengumpul dana di halaman JustGiving selepas kekalahan 0-2 Jerman kepada England di Wembley.
Gambar kanak-kanak itu yang menangis sedang dipujuk bapanya dengan cepat tersebar di media sosial, dengan beberapa pengguna menggelarkannya dengan gelaran yang biadab, selain komen berbaur perkauman.
Joel memberitahu BBC Wales yang dia bosan dengan sikap sedemikian dalam kalangan penduduk United Kingdom, dan berpendapat ia telah menjadikan negara itu sebuah komuniti yang gagal dalam aspek toleransi.
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#United Kingdom
#bola sepak
#media sosial
#Kanak-kanak
#Jerman
#mangsa buli
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan