awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun ditemui mati 'terkurung' dalam kereta

Agensi
Agensi
20/10/2018
22:53 MYT
Kanak-kanak tiga tahun ditemui mati 'terkurung' dalam kereta
Terkejut dengan penemuan itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Afandi segera membuat laporan polis.
Seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas terkunci di dalam kereta seharian di tempat letak kenderaan di Pangsapuri Pluit SeaView, Penjaringan, Jakarta Utara.
Menurut laporan Kompas.com, mayat kanak-kanak berusia 3 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri ketika pemilik kenderaan itu mahu meletakkan sebuah beg ditempat duduk belakang kereta tersebut.
Terkejut dengan penemuan itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Afandi segera membuat laporan polis.
Menurut Polis Daerah Penjaringan, Kompol Mustakim hasil soal siasat, Afandi memaklumkan sebelum kejadian kereta itu digunakan abang iparnya dan menyerahkan kepadanya semula sekitar jam 1 petang pada Jumaat.
"Afandi tidak menolak kemungkinan abang iparnya terlupa untuk mengunci kereta itu sehingga kanak-kanak terbabit berjaya masuk ke dalamnya.
"Ketika hendak keluar, mangsa gagal berbuat demikian kerana kereta itu ditutup secara automatik," kata Kompol Mustakim.
Mayat kanak-kanak itu sudah dibawa Hospital Cipto Mangunkusumo untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Jakarta Utara
#Kanak-kanak
#Kompas com
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#Penjaringan
#polis
#terkunci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan