INTERNATIONAL
Kanggaru 'makan tuan'

Ketika pasukan paramedik tiba di lokasi, kanggaru berkenaan bertindak menghalang mendekati mangsa sehingga memaksa mereka melepaskan tembakan. -Gambar hiasan/Unsplash
SYDNEY: Seorang lelaki warga emas di Australia maut selepas diserang kanggaru liar peliharaannya.
Memetik laporan portal BBC, pihak berkuasa Australia memaklumkan kejadian berlaku di kediaman mangsa berusia 77 tahun itu di Redmond sekitar 400 kilometer dari Selatan Perth pada Ahad malam.
Dalam pada itu, ketika paramedik tiba di lokasi kejadian, kanggaru tersebut bertindak menghalang pasukan itu mendekati mangsa sehingga memaksa mereka melepaskan tembakan.
Difahamkan, sebanyak 50 juta kanggaru mendiami bumi Australia, namun ini merupakan kejadian serangan maut pertama sejak 1936.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami