awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Marinette, kapal terakhir misi GSF dipintas Israel

Bernama
Bernama
03/10/2025
09:25 MYT
Kapal Marinette, kapal terakhir misi GSF dipintas Israel
Kapal terakhir misi Global Sumud Flotilla, Marinette, dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa ketika hampir tiba di Gaza. -Foto X @GlobalSumud
SEPANG: Harapan untuk melihat Kapal Marinette, iaitu kapal terakhir misi Global Sumud Flotilla (GAF) menuju ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin, tidak kesampaian apabila dipintas tentera Israel petang ini.

Ringkasan AI
  • Kapal terakhir misi Global Sumud Flotilla, Marinette, dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa ketika hampir tiba di Gaza
  • Semua 42 kapal dalam misi GSF telah disekat sejak Khamis, dengan lebih 450 aktivis dari 47 negara dipindahkan ke Pelabuhan Ashdod
  • GSF rayu campur tangan segera kerajaan dan institusi antarabangsa untuk jamin keselamatan aktivis serta pembebasan mereka

Berdasarkan siaran langsung menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), tentera Israel bersenjata dilihat memasuki kapal terbabit pada 3.30 petang (waktu Malaysia).
#BREAKING Israeli soldiers have boarded the Marinette of the #GlobalSumudFlotilla and taken the activists captive. The livestream ended abruptly after a soldier smashed the camera upon boarding. pic.twitter.com/mQia5ZklY4
— Global Sumud Flotilla (@GlobalSumud) October 3, 2025
Marinette sebelum itu dilaporkan sedang belayar dalam zon merah R2 dan berada kira-kira 60 batu nautika dari Gaza sebelum dipintas, dan dengan insiden terbaharu itu kesemua 42 kapal yang menyertai misi GSF menuju ke perairan Gaza telah dipintas sejak awal pagi Khamis.
Sebelum ini, lebih 450 aktivis dari 47 negara telah dipindahkan ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel.
Aktivis di atas kapal yang diserang oleh Israel terdiri daripada pelbagai warganegara termasuk Malaysia, Sepanyol, Itali, Brazil, Turkiye, Greece, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Britain dan Perancis.
Flotila GSF membawa pelbagai barangan bantuan kemanusiaan termasuk bekalan perubatan, belayar sejak akhir Ogos lepas.
Misi ini ialah kali pertama dalam beberapa tahun kira-kira 50 kapal belayar bersama menuju ke Gaza, dengan membawa ratusan orang awam yang menyokong misi berkenaan.
Israel mengekalkan sekatan terhadap Gaza, yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk, sejak hampir 18 tahun lepas dan memperketat pada Mac lepas dengan menutup lintasan sempadan serta menghalang penghantaran makanan dan ubat-ubatan, sehingga menyebabkan wilayah itu terjerumus ke dalam masalah kebuluran.
Sejak Okt 2023, pengeboman Israel telah meragut nyawa lebih 66,200 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kumpulan hak asasi manusia berulang kali memberikan amaran bahawa wilayah itu semakin tidak dapat didiami, dengan kebuluran dan penyakit merebak pantas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GSF
#Global Sumud Flotilla
#Marinette
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami