Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Temerloh kembali ke kategori sederhana, 27 stesen kekal tidak sihat setakat 6 petang

Johan Setia merekodkan bacaan 178, manakala Nilai dan Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 179. Klang pula mencatatkan bacaan 174, sementara Cheras merekodkan bacaan 159. Pengerang kekal pada bacaan 181. -Gambar fail/Bernama
Johan Setia merekodkan bacaan 178, manakala Nilai dan Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 179. Klang pula mencatatkan bacaan 174, sementara Cheras merekodkan bacaan 159. Pengerang kekal pada bacaan 181. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila stesen pemantauan Temerloh di Pahang kembali ke kategori Sederhana setakat jam 6 petang ini.

Temerloh merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 99, menurun 18 mata berbanding bacaan 117 yang dicatatkan pada jam 5 petang. Rompin turut mencatatkan bacaan 99 dan kekal dalam kategori Sederhana.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 27 stesen pemantauan di seluruh negara berada dalam kategori Tidak Sihat.

Pasir Gudang dan Larkin di Johor kekal merekodkan bacaan tertinggi negara masing-masing pada paras 199 dan 198 meskipun kedua-duanya mencatatkan penurunan satu mata berbanding sejam sebelumnya.

Di Lembah Klang dan Pantai Barat, Kuala Selangor mencatatkan penurunan terbesar dengan bacaan 131 berbanding 142 sejam sebelumnya.

Johan Setia merekodkan bacaan 178, manakala Nilai dan Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 179. Klang pula mencatatkan bacaan 174, sementara Cheras merekodkan bacaan 159. Pengerang kekal pada bacaan 181.

Di Sabah, Sandakan meningkat kepada bacaan 115, manakala Tawau kekal pada bacaan 153. Kedua-dua stesen berada dalam kategori Tidak Sihat.

Sarawak terus merekodkan bacaan terbaik apabila Kapit mencatatkan IPU 47 dan kekal sebagai satu-satunya stesen dalam kategori Baik di negara ini.

Secara keseluruhan, tiada stesen berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat, manakala 27 stesen berada dalam kategori Tidak Sihat, 39 stesen dalam kategori Sederhana dan satu stesen dalam kategori Baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.

Must Watch Video

Advertisement