BEIJING: Kapal udara terapung (floating airship) Jimu No.1 (model III) yang dibangunkan China sepenuhnya berjaya berlepas dari pangkalan ekspedisi saintifik kapal udara terapung pada ketinggian 4,300 meter tepat pukul 1.26 awal pagi Ahad.
Pada 4.40 pagi, kapal itu sudah melepasi ketinggian 9,032 meter, iaitu lebih tinggi berbanding ketinggian Gunung Qomolangma (Everest) yang setinggi 8848.86 meter.
Dengan catatan itu ia sekali gus memperbaharui rekod pemerhatian sains atmosfera kapal udara terapung dunia.
Jurutera Kanan Institut Inovasi Maklumat Aeroangkasa Akademi Sains China, He Zeqing berkata, penerbangan kapal udara terapung setinggi itu adalah yang pertama bagi China dan di dunia.
"Data yang dikumpul kapal udara itu amat berharga untuk mengkaji kesan persekitaran ekologi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet terhadap gas rumah hijau dan perubahan iklim.
"Pada masa depan China akan menggabungkan model sistem Bumi dan kaedah analisis data raya untuk menganalisis sumber serta mekanisme penyingkiran gas rumah hijau di dataran itu, selain menyediakan asas saintifik untuk merealisasikan puncak karbon dan neutral karbon di China," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Kapal udara terapung Jimu No.1 (model III) yang dibangunkan China sepenuhnya berjaya berlepas dari pangkalan ekspedisi saintifik kapal udara terapung pada ketinggian 4,300 meter tepat pukul 1.26 awal pagi Ahad. - Gambar AP

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Kapal udara China pecah rekod dunia
Kapal udara terapung Jimu No.1 berjaya berlepas dari pangkalan ekspedisi saintifik kapal udara terapung pada ketinggian 4,300 meter.