Pemimpin penunjuk perasaan Thai, Suthep Thaugsuban mengugut untuk menjadikan kaum keluarga Shinawat sebagai sasaran baru bantahan.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri, Ying Luck Shinawat menolak desakan yang dibuatnya supaya beliau meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.
Suthep yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di era kepimpinan Abhisit Vejajiva, bertekad untuk membentuk Majlis Rakyat sebaik kerajaan sementara disingkir.
Katanya, ia tidak menyalahi undang-undang Thailand kerana terdapat peruntukan di bawah Seksyen Tiga Perlembagaan Negara itu.
Sebelum ini, cadangan berkenaan ditolak kerajaan yang menegaskan seksyen berkenaan tidak memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan untuk mewakili kedaulatan rakyat.
Sebaliknya, ia hanya boleh dilaksana melalui kuasa raja dan perlu dibuat melalui Parlimen dan mahkamah.
Dalam ucapan kepada para penyokongnya, Suthep menegaskan keengganan Ying Luck memenuhi tuntutan, dengan mengarahkan supaya tunjuk perasaan aman diteruskan.
Selain itu, polis juga diminta mengambil tindakan undang-undang kepada Ying Luck dan jemaah menterinya atas tuduhan melakukan pemberontakan.
Minggu lalu, Perdana Menteri wanita pertama Thailand mengumumkan pembubaran kerajaan berikutan asakan tunjuk perasaan anti kerajaan.
Beliau kemudian mengumumkan pilihan raya baru akan diadakan pada 2 Februari depan.
Astro Awani
Thu Dec 12 2013
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kumpulan antikerajaan terus desak reformasi
Enam penyokong antikerajaan Thailand cedera dalam pertempuran dengan polis tengah hari ini.
Rusuhan Thailand dihenti sempena sambutan tahun baru
Penunjuk perasaan anti-kerajaan Thailand membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.
35 parti politik sedia bertarung pada PRU Thailand
Sejumlah 35 parti politik setuju bertanding pada pilihan raya umum (PRU) Thailand pada 2 Feb ini.
Kaum keluarga Shinawat sasaran baru Suthep Thaugsuban
Pemimpin penunjuk perasaan Thai, Suthep Thaugsuban mengugut untuk menjadikan kaum keluarga Shinawat sebagai sasaran baru bantahan.
Protes anti-kerajaan Thai isytihar 'hari kemenangan'
Penganjur protes anti-kerajaan Thailand mengisytiharkan Ahad ini sebagai hari kemenangan dan mengarahkan peserta demonstrasi menawan kementerian, agensi telekomunikasi negara dan zoo.