LAPANGAN Terbang terbaharu China, dinamakan sebagai Daxing, yang menempatkan terminal terbesar di dunia dalam satu bangunan, mula beroperasi pada Rabu.
Pesawat Airbus A380 milik China Southern Airlines yang berlepas pada 4.23 petang (waktu Beijing) ke Guangzhou mencatat sejarah sebagai penerbangan pertama memulakan khidmat komersil dari lapangan terbang antarabangsa terbaharu China itu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing yang pembinaannya memakan masa lima tahun dengan kos AS$11 bilion menjadikan Beijing antara kota utama dunia yang mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa bagi perjalanan jarak jauh.
Dengan empat landasan awam dan satu landasan untuk kegunaan tentera, Daxing (kod 3-huruf IATA: PKX) dibina dengan tujuan mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Beijing Capital (PEK) yang terletak di Utara Beijing.
Berukuran 700,000km persegi atau seluas 98 padang bolasepak, Daxing bakal mengendali hingga 70 juta penumpang setahun.
Presiden Xi Jinping hadir pada majlis pelancaran yang dirancang sebagai satu tarikan utama sambutan ulang tahun penubuhan Republik Rakyat China ke-70.
Lapangan Terbang Daxing mula dibina pada tahun 2014 hasil rekaan arkitek ternama Zaha Hadid dalam bentuk tapak sulaiman.
Hadid, warga Britain kelahiran Iraq yang meninggal dunia pada 2016, terkenal dengan bangunan ikonik seperti stadium bola sepak al-Warkah di Qatar (dibina untuk Piala Dunia Bolasepak 2022), London Aquatics Center (London Olympics 2012) dan Heydar Aliyev Cultural Center di Baku, Azerbaijan.
BACA: Beijing sedia rasmikan lapangan terbang 'tapak sulaiman gergasi'
Razak Chik
Wed Sep 25 2019
Suasana di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di Beijing, China, 25 Sept, 2019.(Foto AP)
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Istana Negara, bangunan ikonik sekitar KL bersolidariti nyalakan cahaya jingga malam ini
Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.
Hagia Sophia: Presiden Turki minta semua hormati keputusan mahkamah
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta semua pihak menghormati keputusan undang-undang untuk menukar status bangunan ikonik, Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.
Ke Beijing, dulu PEK, kini Daxing - lapangan terbang baharu PKX
Daxing yang pembinaannya memakan masa lima tahun dengan kos AS$11 bilion menjadikan Beijing antara kota utama dunia yang mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa bagi perjalanan jarak jauh.
'Hutan dalam pejabat' konsep pejabat baharu Amazon.com
The Spheres, diharap dapat memberi nafas baharu kepada para pekerja untuk merangka pelbagai pelan dan produk yang lebih progresif dalam persekitaran yang dipenuhi 4,000 pokok daripada 400 spesis.