awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC
MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Keadaan di Gaza lebih teruk daripada kem tahanan Nazi - Erdogan

Bernama
Bernama
21/06/2025
15:15 MYT
Keadaan di Gaza lebih teruk daripada kem tahanan Nazi - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyifatkan keadaan kemanusiaan di Gaza lebih buruk daripada situasi di kem tahanan Nazi. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyifatkan keadaan kemanusiaan di Gaza lebih buruk daripada situasi di kem tahanan Nazi.

Ringkasan AI
  • Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyatakan keadaan di Gaza lebih teruk daripada kem tahanan Nazi, dengan lebih 55,000 nyawa terkorban akibat serangan Israel.
  • Beliau mengecam tindakan Israel yang didakwanya melakukan pembunuhan, penjajahan dan kemusnahan secara sistematik dengan sokongan kuasa Barat.
  • Turkiye terus mendesak tindakan antarabangsa terhadap Israel dan menegaskan keadilan pasti akan menang.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), beliau menyuarakan pandangan itu dalam ucapan lantang semasa Sesi ke-51 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di Istanbul.
"Dua juta saudara kita di Gaza bergelut untuk terus hidup selama 21 bulan dalam keadaan yang lebih dahsyat daripada kem tahanan Nazi," kata Erdogan.
Beliau menegaskan bahawa Turkiye meneruskan usahanya untuk mengenakan langkah paksaan terhadap Israel berasaskan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Presiden Turkiye itu menyatakan bahawa lebih 55,000 orang maut dalam serangan Israel di Gaza, dengan lebih 65 peratus daripada mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
"Turkiye berkongsi kesedihan dan penderitaan rakyat Palestin," katanya. "Beritahulah kepada saudara-saudara kita di Palestin bahawa walau setebal mana kegelapan penindasan, keadilan pasti akan menang dengan izin Tuhan, dan kemenangan pasti milik mereka yang beriman."
Erdogan mendakwa Israel semakin mengamalkan dasar penjajahan, kemusnahan dan pembunuhan sejak dua tahun lepas, sambil memberi amaran bahawa Israel, dengan sokongan tanpa syarat kuasa-kuasa Barat, sedang menjerumuskan rantau itu ke arah ketidakstabilan yang lebih parah.
"Israel telah mengubah Gaza menjadi runtuhan di depan mata dunia," kata Erdogan. "Ia mengebom hospital, sekolah, masjid dan gereja. Ia membunuh dengan kejam orang ramai yang sedang menunggu dalam barisan bantuan untuk mendapatkan sebungkus tepung, semangkuk sup atau sekeping roti kering."
Beliau turut mengecam pembunuhan harian ratusan orang awam tidak bersalah oleh tentera Israel, yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Erdogan berkata Israel turut menyerang Lubnan, Yaman dan Syria, malah mendakwa Israel cuba mencetuskan kekacauan di Syria dengan memprovokasi pelbagai kumpulan supaya menentang kerajaan negara itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan
#kem tahanan Nazi
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami