NEW YORK: Keadaan keselamatan dan kemanusiaan di Cite Soleil, di Port-au-Prince, Haiti, berada pada tahap membimbangkan, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Antara 14 dan 19 April, pertempuran antara kumpulan yang bersaing meragut hampir 70 nyawa, termasuk 18 wanita dan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak manakala 40 lagi cedera, kata timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Farhan Haq.

"Banyak sekolah dan pusat kesihatan di kawasan itu kini ditutup. Pertempuran juga telah menyekat akses kepada barangan dan perkhidmatan penting," kata Haq, lapor Xinhua.

Di samping itu, hujan lebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini memburukkan lagi keadaan di beberapa kawasan kejiranan kerana bantuan, terutamanya bekalan air bersih tidak dapat dihantar kepada mereka yang memerlukan.

-- BERNAMA