awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang

Bernama
Bernama
07/06/2023
13:00 MYT
Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah dan mencetuskan banjir lumpur serta menjejaskan 39,459 keluarga selain menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal. - Foto AP
BOGOTA (Colombia): Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.
Agensi Anadolu melaporkan, hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah dan mencetuskan banjir lumpur serta menjejaskan 39,459 keluarga selain menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal.
Hujan bermula hari Jumaat dan semakin lebat pada hujung minggu, memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka, terutamanya di kawasan Ouest, Nippes, Sud-Est, Nord-Ouest dan Centre. Kawasan metropolitan Port-au-Prince turut terjejas teruk.
Perdana Menteri Ariel Henry menerusi akaun Twitter berkata: "beliau bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi permintaan harian.
Ini adalah tragedi terbaru yang melanda Haiti yang telah bergelut dengan kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketidakstabilan politik.
"Kami sangat sedih dengan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan penderitaan rakyat Haiti yang disebabkan oleh gempa bumi," kata Stephane Dujarric selaku jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Gutteres.
Hujan dijangka berterusan sehingga Khamis
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Haiti
#angka korban
#Direktorat Perlindungan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan