Skip to main content

Dunia

Kebakaran berhampiran London Bridge ganggu perkhidmatan rel

Anggota bomba bekerja keras memadamkan kebakaran di sebuah bangunan di Bermondsey, dekat London Bridge, London, 8 Jun 2026. - Foto X London Fire Brigade
Anggota bomba bekerja keras memadamkan kebakaran di sebuah bangunan di Bermondsey, dekat London Bridge, London, 8 Jun 2026. - Foto X London Fire Brigade
Advertisement

LONDON: Kebakaran berhampiran stesen kereta api London Bridge menjejaskan perkhidmatan rel di ibu negara Britain pada petang Isnin, dengan beberapa laluan disekat manakala perkhidmatan tren dibatalkan, dijadualkan semula atau dilencongkan, lapor Xinhua.

Syarikat pengendali tren milik kerajaan, Southeastern, menerusi laman sesawangnya memaklumkan bahawa pasukan kecemasan sedang menangani kebakaran di sebuah premis bersebelahan landasan berhampiran London Bridge.

Menurut Southeastern, tren tidak dapat beroperasi dengan selamat sehingga kawasan itu dinilai dan disahkan selamat.

Advertisement

Penyedia perkhidmatan rel komuter Thameslink berkata tiada tren dapat beroperasi antara London Bridge dan Dartford sehingga dimaklumkan kelak, selain menasihatkan penumpang menggunakan laluan alternatif serta memperuntukkan sekurang-kurangnya tambahan 30 minit untuk perjalanan mereka.

Southeastern berkata beberapa tren dilencongkan ke London Victoria, manakala perkhidmatan di laluan Hastings akan bermula atau tamat di Tonbridge.

Advertisement

 

 

Penumpang turut dibenarkan menggunakan beberapa perkhidmatan rel dan pengangkutan awam alternatif tanpa kos tambahan.

Maklumat mengenai punca kebakaran dan kemungkinan korban atau kecederaan belum diperoleh setakat ini.

 

 

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement