awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump tegaskan akan laksana ancaman tarif Greenland, EU ikrar lindungi kepentingannya
Ribut baharu diramal melanda Gaza, tambah derita ratusan ribu penduduk pelarian
Gagal raih Hadiah Nobel, tidak perlu fikir soal keamanan, kata Trump kepada PM Norway
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran besar di loji kimia Dow, Texas

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2025
02:00 MYT
Kebakaran besar di loji kimia Dow, Texas
Loji tersebut merupakan tapak operasi terbesar Dow di AS, meliputi kira-kira 7,000 ekar dan menghasilkan hampir separuh produk domestik syarikat itu. - Foto X/@_ElCaballo_
FREEPORT: Sebuah kebakaran besar tercetus di loji kimia milik Dow di Freeport, Texas, Amerika Syarikat (AS) malam tadi, mencetuskan kebimbangan awam selepas penduduk sekitar melaporkan bunyi letupan dan kepulan asap tebal dari kawasan kilang.

Ringkasan AI
  • Insiden berlaku di Plant B, Freeport, dengan penduduk melaporkan bunyi letupan dan asap tebal, mencetuskan kebimbangan awam.
  • Pasukan kecemasan telah dikerahkan, dan pihak berkuasa belum mengeluarkan arahan perlindungan kepada komuniti sekitar.
  • Kebakaran ini mencetuskan semula isu keselamatan loji kimia di Texas, dengan siasatan persekutuan dijangka terhadap punca dan pematuhan operasi.

Menurut kenyataan rasmi Dow Texas Operations, kebakaran berlaku di Plant B, salah satu fasiliti utama syarikat yang terletak di Brazosport Boulevard berhampiran Lebuhraya Nolan Ryan.
Loji tersebut merupakan tapak operasi terbesar Dow di AS, meliputi kira-kira 7,000 ekar dan menghasilkan hampir separuh produk domestik syarikat itu.
“Pasukan tindak balas kecemasan telah dikerahkan dan sedang menguruskan situasi. Buat masa ini, tiada tindakan diperlukan daripada komuniti,” kata jurucakap Dow.
Pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Polis Lake Jackson mengesahkan insiden tersebut, namun setakat ini tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau arahan perlindungan (shelter-in-place) kepada penduduk.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan asap hitam pekat membumbung dari kawasan kilang, sementara siren kecemasan kedengaran dari pelbagai arah.
Penduduk sekitar menyatakan mereka terdengar bunyi letupan kuat sebelum api mula kelihatan.
Kebakaran ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan keselamatan industri kimia di Texas, yang menempatkan ratusan loji pengeluaran bahan berbahaya.
Pihak berkuasa persekutuan dijangka menjalankan siasatan penuh terhadap punca kejadian dan tahap pematuhan keselamatan loji tersebut.
Insiden ini masih dalam siasatan dan pihak Dow menyatakan akan memberikan maklumat lanjut sebaik keadaan terkawal sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#loji kimia
#Dow
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan