awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Gunung Alexander merebak cecah kawasan 2,000 hektar

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2024
23:45 MYT
Kebakaran Gunung Alexander merebak cecah kawasan 2,000 hektar
Perkhidmatan perhutanan AS memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira 1 peratus. - Foto REUTERS
COLORADO: Kebakaran di Gunung Alexander, Colorado Utara, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan merebak sehingga mencecah 2,000 hektar.
Perintah evakuasi telah dikeluarkan di wilayah barat Loveland meliputi kawasan Indian Mountain utara ke Dunraven Trailhead dan dari timur ke Velvet Ridge Ranch.
Dalam pada itu, penduduk berhampiran pinggir barat dan timur kawasan pemindahan diberi amaran bersiap sedia untuk keluar dari kediaman sekiranya kebakaran semakin buruk.
Perkhidmatan perhutanan AS memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira 1 peratus.
Tiada kecederaan dilaporkan di dalam kejadian yang disifatkan sebagai kebakaran terbesar di Colorado itu.
Namun pihak berkuasa Larimer memaklumkan puluhan rumah dan luar bangunan rosak atau musnah.
Sementara itu, ratusan pemadam kebakaran dan pasukan keselamatan telah diarahkan ke kawasan yang terjejas.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Gunung Alexander
#rumah rosak
#pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan