awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan di Pulau La Palma, Sepanyol memaksa ribuan orang berpindah

Bernama
Bernama
16/07/2023
02:15 MYT
Kebakaran hutan di Pulau La Palma, Sepanyol memaksa ribuan orang berpindah
Perkhidmatan bomba dilaporkan sedang bertungkus lumus memadamkan api, termasuk dengan bantuan helikopter, susulan kebakaran hutan di pulau La Palma, Sepanyol. - REUTERS
MADRID: Kebakaran hutan di pulau La Palma di Sepanyol telah memusnahkan sekitar 4,500 hektar tanah, serta memaksa beribu-ribu orang berpindah, menurut perkhidmatan kecemasan tempatan pada Sabtu.
Kebakaran, yang berlaku pada awal pagi Sabtu, telah memusnahkan kawasan berhampiran perbandaran Puntagorda di wilayah barat laut Kepulauan Canary.
Presiden Kepulauan Canary, Fernando Clavijo berkata, lebih 2,000 orang telah dipindahkan dan angin pada kelajuan lebih 60 km sejam dijangka menyemarakkan lagi kebakaran, lapor Xinhua.
Kerajaan wilayah Kepulauan Canary melaksanakan Pelan Kecemasan Perlindungan Awamnya bagi Kebakaran Hutan, tetapi api merebak dengan pantas.
Menurut laporan media tempatan, perkhidmatan bomba kini sedang bertungkus lumus memadamkan api termasuk dengan bantuan helikopter.
Lebih ramai anggota bomba telah dikerah dari pulau berdekatan Tenerife.
Unit Kecemasan Tentera Sepanyol juga dijangka tiba dalam beberapa jam akan datang.
Sepanyol mengalami musim bunga yang sangat kering, dengan Mac dan April mencatatkan rekod suhu tinggi dan hujan yang rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#pulau La Palma Sepanyol
#pindah
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan