awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan Korea Selatan ragut 16 nyawa

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2025
23:30 MYT
Kebakaran hutan Korea Selatan ragut 16 nyawa
Kerajaan mengerahkan helikopter pemadam kebakaran serta anggota penyelamat darat untuk mengawal kebakaran yang semakin marak akibat angin kencang dan cuaca kering. - Foto AP
SEOUL: Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan.
Agensi berita Yonhap melaporkan, kebakaran yang mula merebak pada Selasa memusnahkan kawasan kejiranan sekali gus memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.
Pihak berkuasa turut memindahkan ribuan banduan dari penjara yang terjejas kerana kebakaran itu.
Pemangku Presiden Korea Selatan, Han Duck-soo, berkata, kerajaan akan mengerahkan helikopter pemadam kebakaran serta anggota penyelamat darat untuk mengawal kebakaran yang semakin marak akibat angin kencang dan cuaca kering.
Laporan menyebut, sebahagian mangsa maut ketika cuba menyelamatkan diri, namun gagal apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik dalam proses pemindahan.
Kebakaran yang mula tercetus pada Sabtu masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan telah memusnahkan beberapa kuil purba selain kediaman penduduk setempat.
Sebagai langkah kecemasan, kerajaan mengisytiharkan kawasan-kawasan terjejas sebagai zon bencana khas bagi membolehkan bantuan dan pemulihan segera disalurkan.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#angka korban
#angin kencang
#cuaca kering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan