Skip to main content

Dunia

Mesir nafi kaitan dengan kapal diserang di luar Yaman

FILE PHOTO: Damage in the aftermath of Houthi strikes on the Red Sea port city of Mocha, Yemen, August 10, 2026 in this screengrab taken from a handout video.Al Joumhouriya TV/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. VERIFICATION: -Buildings, port layout, shape of coastline and mosque minarets matched satellite imagery -Coordinates: 13.311049190926814, 43.23139230789606 -Date verified by a statement a statement from the Yemeni military saying that on August 10 the Houthis attacked
Kerosakan yang berlaku susulan serangan Houthi di bandar pelabuhan Mocha di pesisir Laut Merah, Yaman. - Foto REUTERS
Advertisement

KAHERAH: Mesir menafikan pada Khamis sebarang kaitan dengan sebuah kapal yang diserang di luar pantai Yaman awal minggu ini, selain mengecam serangan terhadap kapal dan pelayaran di Laut Merah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian Pengangkutan Mesir berkata laporan yang mengaitkan kapal berkenaan dengan Mesir atau pelabuhannya adalah tidak benar.

Penafian itu dibuat selepas beberapa media dan platform media sosial melaporkan bahawa Kumpulan Houthi di Yaman menyasarkan sebuah kapal di luar pantai Yaman dan alamat syarikat pengendalinya berada di Alexandria, utara Mesir.

“Kapal itu mengibarkan bendera Tanzania, dimiliki seorang warga Yaman dan dikendalikan sebuah syarikat berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE),” kata kementerian itu.

Menurut kementerian, kapal berkenaan tidak berdaftar dengan dewan perkapalan Mesir, tidak pernah mendapat lesen untuk melaksanakan tugas agensi maritim menerusi sektor maritim dan logistik Mesir. 

Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Luar Mesir mengecam serangan terhadap kapal di Laut Merah, dengan menyifatkannya sebagai ancaman serius terhadap keselamatan dan kebebasan pelayaran di laluan perairan antarabangsa itu.

Mesir turut menolak sebarang tindakan yang menyasarkan kapal dan kemudahan awam atau mengancam keselamatan serta kebebasan pelayaran di Laut Merah dan laluan perairan antarabangsa.

Serangan di Laut Merah sering menyebabkan trafik melalui Terusan Suez berkurangan apabila kapal mengubah laluan bagi mengelakkan risiko keselamatan, sekali gus menjejaskan pendapatan Mesir.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement