Skip to main content

Dunia

Iran sifatkan dakwaan AS kuasai sepenuhnya Selat Hormuz sebagai 'pembohongan tidak berasas'

FILE PHOTO: Vessels near the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, August 6, 2026. REUTERS/Stringer/File Photo
Kapal-kapal berhampiran Selat Hormuz, seperti yang dilihat dari Musandam, Oman, 6 Ogos 2026. REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran pada Khamis menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu menguasai sepenuhnya Selat Hormuz dan menyifatkannya “pembohongan tidak berasas”, sambil menegaskan laluan perairan strategik itu kekal di bawah kawalan Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik penyiar tempatan.

“Dakwaan palsu AS mengenai pelayaran biasa kapal melalui Selat Hormuz, yang mencerminkan ketidakupayaan dan kekeliruan ketenteraan negara itu, tidak lebih daripada kepalsuan dan pembohongan tidak berasas,” menurut markas tentera itu dalam kenyataan yang disiarkan penyiar negara Iran, IRIB.

“Selat Hormuz, seperti sebelum ini, kekal di bawah pengurusan dan kawalan penuh Republik Islam Iran,” kata jurucakapnya.

“Tiada kapal komersial atau kapal tangki minyak boleh atau akan dapat melalui selat itu dengan selamat tanpa kebenaran dan pengawasan angkatan tentera Iran,” kata jurucakap itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement