awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran kem pelarian Rohingya di Bangladesh rosakkan puluhan tempat tinggal

Bernama
Bernama
30/12/2025
00:00 MYT
Kebakaran kem pelarian Rohingya di Bangladesh rosakkan puluhan tempat tinggal
Pemandangan udara kem pelarian Rohingya yang menempatkan lebih satu juta golongan minoriti Myanmar itu, di Cox's Bazar, Bangladesh, 25 Nov 2025. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Satu kebakaran berlaku di sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada Ahad malam menyebabkan kerosakan pada puluhan rumah, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Kebakaran berlaku di kem pelarian Rohingya di Bangladesh, merosakkan puluhan rumah tanpa mengorbankan nyawa.
  • Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) serta sukarelawan dan Perkhidmatan Bomba Bangladesh bertindak pantas untuk mengawal kebakaran tersebut.
  • Lebih 1.2 juta pelarian Rohingya kini ditempatkan di Cox's Bazar, Bangladesh, sejak Ogos 2017 susulan operasi ketenteraan Myanmar yang dikritik sebagai genosid.

Dalam satu kenyataan ringkas di platform media sosial, IOM memaklumkan bahawa pasukannya berada di lokasi sejak awal kejadian dan bertindak balas dengan segera, selain bekerjasama dengan sukarelawan pelarian serta Perkhidmatan Bomba Bangladesh bagi mengawal kebakaran berkenaan.
Agensi itu memuji tindakan pantas pihak terlibat yang berjaya menghalang api daripada merebak di kawasan padat penduduk berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, sekitar 20 hingga 25 buah kediaman musnah dalam kebakaran itu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bangladesh kini menempatkan lebih 1.2 juta pelarian Rohingya di Cox's Bazar, kebanyakannya melarikan diri dari Myanmar pada Ogos 2017 susulan operasi ketenteraan yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia sebagai genosid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rohingya
#kebakaran di kem pelarian
#IOM
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan