Skip to main content

Dunia

Kebakaran kilang kasut di timur China ragut 28 nyawa - Laporan

Anggota bomba berada di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah kilang kasut di kampung Jiangtou, pekan Chendai, bandar Jinjiang, wilayah Fujian, 9 Julai 2026. - Gambar AP
Anggota bomba berada di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah kilang kasut di kampung Jiangtou, pekan Chendai, bandar Jinjiang, wilayah Fujian, 9 Julai 2026. - Gambar AP
Advertisement

BEIJING: Sekurang-kurangnya 28 orang maut dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kilang kasut di Wilayah Fujian, tenggara China, pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan China Central Television (CCTV).

Kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan (0400 GMT) di kilang kasut Huiteng di Bandar Jinjiang. 

Lebih 180 anggota bomba bersama 35 jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kebakaran yang meragut banyak nyawa itu serta menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement