BRUSSELS: Pesuruhjaya Ekonomi Eropah Paolo Gentiloni memberi amaran pada Jumaat bahawa prospek untuk tahun depan "semakin lemah dengan ketara" dengan kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) akan mengalami kemelesetan pada suku keempat tahun ini.
Ekonomi EU kini di titik perubahan, Xinhua memetik kata Gentiloni.
Beliau berucap pada sidang akhbar di Brussels sejurus selepas Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun depan.
Untuk musim luruh Suruhanjaya Eropah mengunjurkan penurunan keluaran ekonomi dalam tiga bulan terakhir tahun ini dan bulan pertama 2023. Ketidaktentuan yang meningkat, tekanan harga tenaga yang tinggi, pengurangan kuasa beli isi rumah, persekitaran luaran yang lebih lemah dan syarat pembiayaan yang lebih ketat dijangka membawa EU, kawasan euro dan kebanyakan negara anggota, ke dalam kemelesetan pada suku terakhir 2022.
Untuk 2023 secara keseluruhan, pertumbuhan KDNK sebenar di EU dan kawasan euro adalah pada 0.3 peratus -- susut di bawah 1.5 peratus dan 1.4 peratus yang dijangkakan dalam unjuran sebelumnya dari Julai.
"Lonjakan harga tenaga dan inflasi yang berleluasa kini mengambil alih dan kami menghadapi tempoh yang sangat sukar dari sudut sosial dan ekonomi," tegas Gentiloni.
"Selepas separuh pertama tahun yang mengejutkan, ekonomi EU kehilangan momentum pada suku ketiga, dan data tinjauan terbaru menunjukkan penguncupan untuk musim sejuk," katanya.
Di samping itu, inflasi terus meningkat lebih cepat daripada jangkaan. Tekanan harga yang semakin pantas dan meluas dalam sepuluh bulan pertama tahun ini telah menggerakkan jangkaan puncak inflasi ke suku keempat tahun ini, dan menaikkan unjuran kadar inflasi tahunan kepada 9.3 peratus di EU dan 8.5 peratus di kawasan euro. Inflasi dijangka menurun pada 2023, tetapi kekal tinggi pada 7.0 peratus di EU, dan 6.1 peratus di kawasan euro.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022
Kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) akan mengalami kemelesetan pada suku keempat tahun ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.