awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Iran di Malaysia kutuk serangan terhadap rakyat Palestin, Masjid Al Aqsa

Bernama
Bernama
12/05/2021
07:34 MYT
Kedutaan Iran di Malaysia kutuk serangan terhadap rakyat Palestin, Masjid Al Aqsa
Kedutaan Iran berkata serangan itu perlakuan jahat yang jelas tidak berperikemanusiaan dan membuktikan kepada dunia betapa kejamnya tindakan rejim zionis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kedutaan Iran di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah di Masjid Al-Aqsa, yang menyebabkan kematian dan kecederaan pada Jumaat lalu.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu, kedutaan berkata serangan itu perlakuan jahat yang jelas tidak berperikemanusiaan dan membuktikan kepada dunia betapa kejamnya tindakan rejim zionis.
Kedutaan juga menekankan peri pentingnya masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk menghentikan pencabulan terhadap hak asasi manusia.
"Kedutaan di Malaysia mengulangi sokongan padunya terhadap hak dan perjuangan rakyat Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa bertegas dan bertindak balas terhadap serangan rejim Zionis itu dan memastikan mereka bertanggungjawab atas kekejaman yang dilakukan," kata kenyataan itu.
Iran sentiasa teguh menyokong serta bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selain berharap mereka yang cedera cepat pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#serangan
#rakyat
#Zionis
#Malaysia
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan