awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keganasan peneroka haram Israel meningkat di Tebing Barat - OCHA

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2023
23:30 MYT
Keganasan peneroka haram Israel meningkat di Tebing Barat - OCHA
Seorang rakyat Palestin menolak tayar kereta susulan pertempuran dengan anggota tentera rejim Zionis Israel di Tebing Barat. - Foto REUTERS
LEBIH 800 penduduk Palestin telah kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah peningkatan keganasan dan serangan peneroka haram Zionis Israel di Tebing Barat, sejak 7 Oktober.
Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(OCHA), daripada jumlah itu, seramai 300 kanak-kanak terkesan.
Pendedahan dibuat dan diterbitkan di dalam laporan OCHA yang baharu dikeluarkan pada Rabu.
Agensi PBB itu berkata, keganasan peneroka Zionis Israel telah meningkat dengan ketara daripada purata tiga insiden sehari, kepada purata semasa tujuh kali sehari.
Sejak 2022, hampir 2,000 penduduk Palestin telah kehilangan tempat tinggal akibat keganasan peneroka Zionis Israel.
Al Jazeera melaporkan, semasa serangan Israel ke atas Gaza, kadar keganasan oleh peneroka haram Israel terhadap Palestin telah meningkat dengan ketara.
Peneroka telah menghalang rakyat Palestin daripada mengakses tanah mereka, menyerang secara fizikal, mengusir dari ladang dan merosakkan sumber air.
Peneroka haram Israel selalunya mempunyai senjata sendiri atau disokong oleh tentera Israel bersenjata.
Penempatan dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Topic Berkaitan
#jenayah perang
#Israel
#Palestin
#OCHA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan