awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keji! Ibu gamak jual anak untuk beli alat solek

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2018
04:14 MYT
Keji! Ibu gamak jual anak untuk beli alat solek
Ibu muda itu ditahan bersama dua 'pembeli' tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak. -Foto Sinar Harian
Seorang ibu di China tergamak menjual anaknya sendiri kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk membeli belah.
Wanita dikenali sebagai Yu itu 'meletakkan harga' anak perempuannya berusia 19 bulan sebanyak 50,000 yuan (RM31,138) dan wang itu kemudiannya digunakan untuk membeli kosmetik pada hari sama.
Media tempatan melaporkan ibu muda itu ditahan bersama dua 'pembeli' tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.
Urusan jual beli itu terbongkar selepas Yu membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya di stesen kereta api.
Ketika siasatan dijalankan, polis mendapati wanita tersebut menerima wang itu yang dipindahkan ke dalam akaun banknya pada hari anaknya 'hilang'.
Yu akhirnya mengaku membuat laporan palsu untuk mengelakkan keluarganya tahu tentang perbuatannya.
People's Daily Online melaporkan Yu bersama anaknya, Huahua ke Zhengzhou di wilayah Henen pada pagi 20 Mei lalu.
"Dia kemudiannya menjual HuaHua kepada dua suspek sindiket pemerdagangan manusia dikenali sebagai Wei dan Li di stesen kereta api Zhengzhou.
"Mereka meminta wang tersebut dipulangkan dengan tambahan 10,000 yuan (RM6,227) untuk menyerahkan semula HuaHua. Ketika mereka bertemu, polis bertindak segera memberkas Wei dan Li serta menyelamatkan budak tersebut," jelas laporan tersebut. - Daily Mail
BACA: Pornografi kanak-kanak: Demi RM90, ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah BACA: Jual anak sendiri untuk beli iPhone, lelaki dipenjara tiga tahun
Topic Berkaitan
#Anak hilang
#beli dadah
#beli kosmetik
#Huahua
#jual anak
#Kanak-kanak
#laporan palsu
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan