awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keji! Lelaki ikat anak pada kereta sorong bayi, sebelum tolak ke laut

Agensi
Agensi
12/03/2019
09:47 MYT
Keji! Lelaki ikat anak pada kereta sorong bayi, sebelum tolak ke laut
Dia ditahan polis Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan), hari ini.
Seorang lelaki warga Jordan mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun dengan cara mengikat mangsa pada kereta sorong bayi, sebelum menolaknya ke laut.
Wael Nabil Salman Zureikat mengaku melakukan perbuatan keji itu selepas bertengkar dengan isterinya di pusat peranginan popular tepi pantai, Pattaya.
Dia ditahan polis Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan), hari ini.
Suspek dipercayai mahu meninggalkan Thailand untuk pulang ke Jordan.
Penahanan Wael Nabil susulan penemuan mayat seorang kanak-kanak warga asing dipercayai pelancong, yang ditemui dikait pada kereta sorong bayi dan terapung di laut berhampiran pelabuhan Laem Bali petang semalam.
Ketika disoal siasat, Wael Nabil mengaku membunuh darah dagingnya pada Jumaat lalu.
"Pelaku berang kerana isterinya tidak memberi perhatian penuh pada anak mereka. Dia sering menjaga mangsa seorang diri.
"Setiap kali pelaku mengadu mengenai perkara itu, isterinya naik berang sehingga membawa kepada pertengkaran," kata polis.
Wael Nabil kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Media tempatan tidak melaporkan sama ada isterinya turut berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ketika dia ditahan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Bali
#bayi
#bunuh anak
#gaduh dengan isteri
#Jordan
#Kanak-kanak
#mangsa
#mayat
#pelancong
#Thailand
#tolak kereta sorong
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan