awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Ketua PBB beri amaran tindakan gugat undang-undang antarabangsa
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan bekalan minyak di hospital Gaza ancam nyawa pesakit di ICU

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2025
23:50 MYT
Kekurangan bekalan minyak di hospital Gaza ancam nyawa pesakit di ICU
Hospital itu kini merawat 13 pesakit di ICU yang mana majoriti bergantung kepada alat bantuan pernafasan. - Foto REUTERS
GAZA: Sebuah video tular di media sosial memaparkan pesakit unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Al-Shifa, Gaza terbaring dalam kegelapan pada Selasa.
Ia susulan masalah kekurangan bekalan minyak yang semakin meruncing, satu keadaan yang disifatkan boleh melumpuhkan operasi hospital tersebut.
Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr Muhammad Abu Salamiyah pada Rabu memberi amaran bahawa kekurangan bekalan minyak boleh mencetuskan bencana kemanusiaan dan mendakwa Israel bertindak hanya menyalurkan bekalan minyak secara perlahan-lahan ke hospital-hospital di Gaza.
Menurut beliau, hospital itu kini merawat 13 pesakit di ICU yang mana majoriti bergantung kepada alat bantuan pernafasan termasuk menjejaskan sekitar 100 bayi dalam inkubator serta 350 pesakit dialisis yang berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, Agensi Penyelarasan Bantuan Tentera Israel (COGAT) setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas berhubung kekurangan bekalan minyak di fasiliti perubatan Gaza dan risiko terhadap pesakit.
Jurucakap UNICEF, James Elder, berkata kekurangan minyak telah pun menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa hospital di Gaza sehingga satu jam.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#Gaza
#ICU
#Israel
#Hospital Al-Shifa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan