Skip to main content

Dunia

Kekurangan vaksin ancam penduduk Amerika

Amerika Syarikat mengalami masalah kekurangan vaksin selesema dan menyebabkan orang ramai terpaksa  mencuba beberapa tempat untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Hingga kini 108 telah disahkan mati di Amerika akibat selesema.

Menurut seorang pemilik farmasi, Don Blumkin "Bekalan vaksin disini memang mengalami  kekurangan”.

Pada masa sama, pembuat vaksin Sanofi Pasteur, menyatakan pihaknya kini mempercepatkan pengeluaran.

Ia juga mempaketkan dua jenis vaksin berbeza, untuk pesakit berusia dan muda.

Vaksin itu dijangka dapat sampai ke pasaran hujung bulan ini.

Sementara itu,  Dr Mari Bentley dari Pusat Kesihatan Timur Boston pula mengatakan jika lebih ramai pesakit menerima rawatan vaksin ini, lagi ramai perlindungan akan dapat diberikan.

Suntikan vaksin adalah percuma di Amerika dan ianya adalah cara paling berkesan untuk mengelak jangkitan selesema.

Advertisement

Must Watch Video