awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Huntley amat terhutang budi kepada PM Britain dan rakyat M'sia

Bernama
Bernama
01/06/2014
23:31 MYT
Keluarga Huntley amat terhutang budi kepada PM Britain dan rakyat M'sia
Gareth David Huntley hilang sejak 27 Mei lalu.
Keluarga warga Britain Gareth David Huntley, yang hilang, menyampaikan ucapan terima kasih secara ikhlas kepada Perdana Menteri Britain David Cameron dan Setiausaha Pertahanan Philip Hammond kerana memberi respons terhadap permintaan mereka untuk memperhebnatkan usaha mencari.
Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada kepada kerajaan Malaysia atas usaha itu.
Dalam kenyataan di sini, keluarga itu berkata, "Semalaman, Pejabat Luar & Komanwel Britain (FCO) memberitahu bahawa mereka bekerjasama dengan Tentera Malaysia untuk memperhebatkan usaha mencari dengan segera."
Gareth David Huntley, 34, seorang anggota sukarelawan, masuk kawasan hutan seorang diri untuk mengunjungi kawasan air terjun di Pulau Tioman pada pagi 27 Mei.
Beliau memberitahu rakan-rakan sukarelawan di ibu pejabat projek penyu yang berhampiran bahawa beliau akan kembali menjelang pukul 2 petang hari yang sama tetapi tidak pulang sejak itu.
Ahli keluarganya, Mark Huntley berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Cameron dan Hammond atas respons dan jaminan untuk membantu polis dan anggota mencari yang berjanji untuk menyelaraskan usaha menggunakan pemetaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Mark berkata: "FCO memberitahu kami bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani isu itu dengan segera".
"Mereka berkata bahawa Hammond telah menghubungi Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkata mereka memandang serius isu kehilangan warga Britain itu," kata Mark.
Pasukan mencari profesional sekarang dikerah termasuk 10 anggota komando para tentera, lima pegawai polis, tiga anggota polis unit anjing pengesan bersama dua ekoran anjing dan tiga pegawai pertahanan awam.
Pasukan bomba dan penyelamat mengandungi lapan anggota, dua bot peronda Merlin dan sebuah helikopter juga dikerah dalam operasi mencari.
FCO telah melantik diplomat tempatan Karen Song untuk menyelaraskan usaha mencari dari daratan.
Beliau tiba di Pulau Tioman pada pukul 10.15 pagi GMT Ahad.
Topic Berkaitan
#Gareth David Huntley
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan