awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga resah anak gadis lari ikut teman lelaki 'Facebook' ke Afrika Utara

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
10/07/2015
12:50 MYT
Keluarga resah anak gadis lari ikut teman lelaki 'Facebook' ke Afrika Utara
Sebuah keluarga resah ekoran kehilangan anak gadis mereka yang dilapor mengembara ke Afrika Utara untuk bertemu kenalan Facebook. -Gambar hiasan
Kebimbangan menghantui sebuah keluarga ekoran kehilangan anak gadis mereka selepas dia dilapor mengembara ke Afrika Utara secara rahsia untuk bertemu seorang lelaki yang dikenali melalui Facebook.
Rebecca Arthur, 17, disyaki berada dalam keadaan bahaya kerana menghilangkan diri sejak dia menaiki penerbangan ke Maghribi pada Selasa lalu.
Rebecca
Rebecca
Gambar diperoleh dari Facebook Rebecca Arthur
Menurut pihak polis, mereka bimbang remaja itu mungkin merancang untuk bertemu dengan teman lelaki Facebooknya, seorang yang dikenali sebagai Simo El Adala.
Simo
Simo
Gambar diperoleh dari Facebook Simo El Adala
Rebecca - yang berasal dari Connecticut, New England - dilapor mendarat di Casablanca selepas dihantar ibunya ke lapangan terbang antarabangsa JFK pada Isnin.
Menurut ibunya, Rebecca memberitahu yang dia ingin ke California untuk bertemu dengan kawannya. Tetapi, hakikatnya, anaknya itu telah menaiki penerbangan ke Morocco.
Motif untuk lawatan Rebecca masih belum jelas, tetapi polis mengesyaki dia telah berhasrat untuk bertemu dengan El Adala yang disenaraikan sebagai ‘in relationship’ (sedang menjalin hubungan) dengan Rebecca sejak Februari di Facebook.
fb
fb
Gambar diperoleh dari Facebook Simo El Adala
Polis berkata: "Kami tidak tahu jika lelaki berkenaan adalah seseorang yang nyata."
Pihak FBI dan Keselamatan Dalam Negeri telah diminta untuk membantu polis tempatan mencari remaja yang berambut perang itu.
Remaja berkenaan dilaporkan hilang pada Rabu oleh ibunya selepas dia gagal untuk menghubungi Rebecca.
Topic Berkaitan
#Casablanca
#Dunia
#hilang
#Rebecca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan