awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan udara: Lima maut belon udara panas terhempas

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2021
01:04 MYT
Kemalangan udara: Lima maut belon udara panas terhempas
Bakul belon udara panas yang terhempas di kaki lima jalan di Albuquerque, New Mexico, 26 Jun, 2021. (Foto AP)
LIMA individu dilaporkan maut dalam insiden belon udara panas terlanggar kabel elektrik lalu terhempas di Albuquerque, New Mexico.
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi waktu tempatan di bahagian barat di bandar tersebut.
Identiti mangsa berusia antara 59 ke 62 tahun sudah dikenal pasti.
Mangsa terdiri daripada jurupandu belon panas dan empat penumpang.
Kesemua mereka merupakan penduduk tempatan.
Saksi memberitahu pihak berkuasa bahawa belon itu turun ke tanah sekitar jam 7:30 pagi pada Sabtu.
Gondola terlepas dari belon panas itu dan jatuh sekitar 100 kaki dan terhempas di tengah jalan kota yang sibuk sebelum terbakar.
Belon itu pula melayang dan mendarat di atas bumbung rumah.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional dan Pentadbiran Penerbangan Pesekutuan akan menyiasat punca kemalangan itu.
Topic Berkaitan
#Mexico
#terhempas
#penerbangan
#belon panas
#New Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan