STATISTIK Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global terus meningkat dengan lebih 5,000 kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Susulan itu, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah angka lebih 931,000 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 195,000 kes diikuti Brazil dengan 132,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 80,000 dan 71,000 angka korban sementara United Kingdom merekodkan hampir 42,000 kes.

Itali, Perancis, Peru dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 23,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.