awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja 'marah' pemerintah India mahu bina replika Angkor Wat

Agensi
Agensi
07/06/2015
11:41 MYT
Kemboja 'marah' pemerintah India mahu bina replika Angkor Wat
Kemboja tidak berpuas hati apabila mengetahui India mahu membina replika candi Angkor Wat di negeri Bihar. - Gambar fail
Kemboja telah menghantar surat bantahan kepada pemerintah India berikutan terdapat usaha untuk membina sebuah kompleks replika Angkor Wat di negara Asia Selatan itu, lapor portal berita Kyodo News.
Kementerian Luar Kemboja telah mengirim nota diplomatik yang menyatakan bahawa mereka telah mengetahui tentang sebuah dana amanah Hindu yang merancang membina replika kompleks candi bersejarah tersebut di negeri Bikar, India.
“Kerajaan Kemboja menyifatkan ’salinan’ kompleks Angkor Wat itu sebagai merampas nilai komersial sekali gus mencabul status tapak warisan dunia dari kurun ke-12 itu.
“Angkor Wat selama ini adalah perlambangan nilai sejagat dan kemanusiaan yang tiada bandingannya,” kata kementerian itu kepada Kementerian Hal Ehwal Luar India.
Bantahan itu mendesak India agar memberi perhatian serius dan segera menyelesaikan perkara tersebut demi mengelakkan hubungan bersejarah antara dua negara tersebut terjejas.
Laman web rasmi dana amanah di India itu menunjukkan bahawa kompleks candi bersaiz mega itu mahu dibina di sebuah kawasan yang terletak sejauh 60 kilometer dari kota usang Vaishali di Bihar.
Pemerintah India secara tidak langsung dilihat sebagai mahu menggantikan Angkor Wat sebagai candi Hindu terbesar di dunia.
India memberitahu, namanya akan ditukar daripada Viraat Angkor Wat Ram Mandir menjadi Viraat Ramayan Mandir sebagai usaha ‘menjaga hati’ dan sentimen rakyat Kemboja.
“Apabila projek ini selesai, ia akan mengukuhkan ikatan antara dua negara yang kaya dengan nilai kebudayaan, yang sudah terjalin sejak dua milenium lamanya,” ujar kenyataan dari dana amanah tersebut.
Kementerian Luar Kemboja dalam surat bantahan kepada India tetap menyatakan bahawa Angkor Wat merupakan simbol negaranya.
Topic Berkaitan
#Angkor Wat
#India
#Kemboja
#tapak warisan dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan