awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain

Bernama
Bernama
25/10/2023
12:07 MYT
Kemboja: Parti CPP bergabung dengan 27 parti lain
Hun Sen berkata pakatan itu bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang menjadi prasyarat penting untuk pembangunan sosioekonomi. - Gambar fail/Bernama
PHNOM PENH: People's Party Kemboja (CPP) menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Penyatuan dengan 27 parti lain pada Rabu, lapor Xinhua.
Presiden CPP Samdech Techo Hun Sen menandatangani perjanjian dengan wakil parti-parti terbabit pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat CPP di Phnom Penh.
Bercakap pada majlis itu, Hun Sen berkata pakatan itu bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang menjadi prasyarat penting untuk pembangunan sosioekonomi.
Hun Sen berkata perikatan itu berjanji untuk melindungi kemerdekaan, kedaulatan, integriti wilayah, perlembagaan dan monarki, serta mempertingkat demokrasi berbilang parti, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan keadilan sosial.
Langkah itu diambil susulan pembentukan gabungan pembangkang - Alliance Towards the Future - oleh empat parti pembangkang, Candlelight Party, Khmer Will Party, Grassroots Democratic Party dan Cambodia Reform Party.
CPP menang 120 daripada 125 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Funcinpec Party memperoleh lima kerusi dalam pilihan raya umum pada 23 Julai
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gabungan pembangkang
#hak asasi manusia
#keadilan sosial
#pembangunan sosioekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan