awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah

Bernama
Bernama
30/04/2022
15:22 MYT
Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah
Hamza, 47, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negara Raja Pervaiz Ashraf pada majlis yang diadakan di Rumah Gabenor di Lahore menurut perintah mahkamah. - Gambar fail
NEW DELHI: Perbalahan politik baharu tercetus di Pakistan apabila anak Perdana Menteri Shehbaz Sharif, Hamza Shehbaz mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Wilayah Punjab pada Sabtu.
Hamza, 47, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negara Raja Pervaiz Ashraf pada majlis yang diadakan di Rumah Gabenor di Lahore menurut perintah mahkamah.
Hamza, pemimpin parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) iaitu parti bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, dipilih sebagai ketua menteri baharu oleh PML-N dan sekutunya dalam perhimpunan wilayah Punjab dua minggu lalu di tengah-tengah kekecohan.
Beliau menerima 197 undi dalam dewan yang mempunyai 371 ahli namun proses itu dicemari oleh keganasan dan campur tangan polis buat pertama kalinya, yang dianggap tidak sempurna oleh Gabenor Punjab, Omar Sarfraz Cheema.
Gabenor itu, yang merupakan ketua istiadat wilayah itu, enggan menerima Hamza sebagai Ketua Menteri Punjab.
Terdahulu pada Sabtu, Omar memulihkan kerajaan Usman Buzdar, yang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada sekutu politik menggantikannya sebagai ketua menteri wilayah yang mempunyai lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.
Buzdar merupakan anggota parti bekas Perdana Menteri Imran Khan, Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) . Krisis politik Punjab adalah sebahagian daripada perebutan kuasa Pakistan yang lebih luas setelah kerajaan persekutuan Imran baru-baru ini digulingkan melalui undi tidak percaya yang dijalankan atas perintah mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#politik pakistan
#perbalahan politik
#Shehbaz Sharif
#Hamza Shehbaz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan