awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan Trump cetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat

Agensi
Agensi
10/11/2016
05:40 MYT
Kemenangan Trump cetuskan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat
Sebahagian dari penunjuk perasaan di Chicago, Illinois sedang berarak basgi membantah pemilihan Trump sebagai presiden AS ke-45. - John Gress/Getty Images/AFP -
Kemenangan mengejut calon parti Republikan, Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada Rabu mencetuskan tunjuk perasaan di beberapa bandar utama negara itu.
Sebahagian rakyat Amerika khuatir polisi melampau Trump bukan saja akan menjejaskan kestabilan negara itu, tetapi kestabilan dunia secara keseluruhannya.
Di Washington, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan White House dengan mengadakan nyalaan lilin sambil menggelar presiden ke-45 AS itu sebagai sexist dan anti imigran.
LAPOR LANGSUNG Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45
Mereka turut membawa pemidang dengan tulisan “kami mempunyai suara!” dan “pendidikan untuk semua!.”
“Rakyat dalam ketakutan,” kata penganjur, Ben Wikler.
“Kami ingin tunjukkan, sewaktu detik hitam melanda negara, kami (rakyat Amerika) tidak berkeseorangan.”
Selain di Washington, tunjuk perasaan turut diadakan di beberapa bandar lain, mengumpulkan ribuan penunjuk perasaan di Chicago, Philadelphia, Portland, Oregon dan Seattle.
Di New York, penunjuk perasaan berhimpun di Union Square.
Mereka turut membawa sepanduk membidas Trump.
MESTI BACA: Trump rancang halang rakyat Malaysia masuk AS
MESTI BACA: Trump jamin Baitulmaqdis milik mutlak Israel jika dipilih jadi Presiden
MESTI BACA: Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel
Sebahagian daripada mereka mempertikaikan sistem pilihan raya Amerika Syarikat yang dianggap bermasalah.
Sistem pemilihan Electoral College memerlukan perubahan, kata penunjuk perasaan.
Bermula dengan hanya ratusan penujuk perasaan, ia kemudiaannya beransur meningkat kepada angka ribuan.
Di California, tunjuk perasaan dianjurkan pelajar sekolah menengah, kolej serta universiti.
Sebahagian daripada mereka bertindak keluar bilik darjah.
Di Los Angeles ratusan golongan remaja dan muda berhimpun di City Hall sambil melaungkan slogan “Trump bukan presiden kami!”
Di Oregon, penunjuk perasaan menghalang laluan trafik di Portland, menyebabkan gangguan di dua laluan kereta api.
Bendera Amerika Syarikat turut dibakar sebagai bantahan.
Di Pennsylvania, tunjuk perasaan diadakan oleh pelajar University of Pittsburgh.
Trump seorang ahli perniagaan berjaya menewaskan lawannya dari Parti Demokrat Hillary Rodham Clinton, yang juga bekas Setiausaha Negara AS dalam pemilihan presiden pada Rabu.
Beliau menggantikan Presiden ke-44, Barack Obama.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat Memilih
#Donald Trump
#Hillary Clinton
#pilihan raya amerika
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan