awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemiskinan di Argentina cecah paras tertinggi 57.4 peratus - Kajian

Agensi
Agensi
19/02/2024
00:45 MYT
Kemiskinan di Argentina cecah paras tertinggi 57.4 peratus - Kajian
Gambar fail menunjukkan papan tanda dengan tulisan "Kami menerima Dolar" dalam bahasa Sepanyol di luar sebuah kedai di Buenos Aires, Argentina, pada 12 Disember 2023. - Gambar REUTERS
BUENOS AIRES: Tahap kemiskinan di Argentina mencecah angka 57.4 peratus pada Januari 2024 iaitu rekod, tertinggi yang pernah dicapai negara itu dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun, menurut laporan oleh Universiti Katolik Argentina (UCA) yang dipetik oleh media tempatan pada Ahad.
Menurut laporan itu, penurunan nilai mata wang peso yang dilakukan oleh Presiden Javier Milei sejurus selepas beliau mengangkat sumpah sebagai ketua negara pada awal Disember - dan kenaikan harga sekali gus memburukkan lagi tahap kemiskinan, yang menutup tahun 2023 pada 49.5 peratus.
"Warisan sebenar ialah model kasta: Enam daripada setiap 10 warga Argentina adalah orang miskin," kata Milei yang juga seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah pada Sabtu.
Milei memegang jawatan dengan berjanji untuk "mendolarkan" ekonomi, menjinakkan kadar inflasi tahunan lebih daripada 200 peratus, menghapuskan defisit fiskal dan menamatkan faedah untuk dinasti politik Argentina yang beliau sebut sebagai "kasta."
Pada Disember, kerajaannya melancarkan pembaharuan ekonomi yang menyeluruh, terutamanya penurunan nilai 54 peratus peso berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pendapatan rakyat Argentina merosot apabila harga meningkat.
Langkah lain termasuk mengurangkan subsidi tenaga dan pengangkutan serta melancarkan kenaikan cukai yang bertujuan mencapai imbangan fiskal.
Pada Jumaat lalu pula, Kementerian Ekonomi Argentina melaporkan pendapatan negara itu berlebihan berbanding belanjawan pada Januari sebanyak 518.41 bilion peso ($620.85 juta), kali pertama jumlah itu berada dalam lingkungan positif sejak Ogos 2012. - Reuters
Topic Berkaitan
#Argentina
#tahap kemiskinan
#nilai mata wang peso
#Presiden Javier Milei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan