JIKA ditanya siapakah pemimpin wanita dunia yang kini menjadi sebutan ramai? Sudah pasti hanya satu nama yang meniti di bibir masyarakat khususnya dalam kalangan Muslim - Jacinda Ardern.
Pemimpin muda berusia 38 tahun itu mencuri perhatian berikutan kebijaksanaan dan sikap kepimpinan Perdana Menteri New Zealand itu dalam menangani insiden serangan di dua masjid di Christchurch, Jumaat lalu.
Sikap berjiwa rakyat dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan ketua Parti Buruh itu mendapat pujian masyarakat dunia termasuk pemimpin-pemimpin dunia seperti Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Turut menzahirkan rasa kagum terhadap gaya kepimpinan Jacinda adalah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menerusi kemaskini di laman Instagram pada Khamis menyifatkan kepimpinan yang ditunjukkan Ardern sebagai menakjubkan.
“Semoga Allah memberkati anda dan membimbing hati anda. Kami menyayangi anda dan menghargai cara anda mengendalikan tragedi,” demikian tulisan Dr Maza sambil memuat naik gambar Ardern yang memakai tudung hitam.
Ardern telah meletakkan tanda aras yang cukup tinggi sebagai seorang pemimpin ketika menanggani krisis.
Jadi, untuk mengenali Ardern secara lebih dekat, Astro AWANI senaraikan beberapa perkara menarik mengenai beliau – yang akan membuatkan kita rasa lebih kagum terhadap figura hebat ini.
Beliau merupakan Perdana Menteri New Zealand yang ke-40 dan wanita termuda yang memegang jawatan tersebut di negara itu.
Ardern dilantik sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2017.
Pada 19 Januari 2018, Jacinda mengumumkan bahawa beliau hamil anak pertama dan bakal bersalin pada bulan Jun tahun yang sama.
Menggambarkan dirinya sebagai berfahaman demokrat sosial dan seorang progresif, sikap profesional dan tanggungjawab Ardern terhadap negara terbukti apabila beliau hanya mengambil cuti bersalin selama enam minggu ketika melahirkan anak pertamanya.
Selain itu, sikap diplomasi Ardern ketika berdepan dengan insiden tembakan, yang beliau sifatkan sebagai “hari gelap buat New Zealand” membuatkan semua orang di negara itu jatuh cinta kepadanya.
Laporan sebuah portal antarabangsa menyatakan Ardern sentiasa mengingatkan rakyat Kiwi supaya memahami istilah komposis negara, malah cuba memberitahu Donald Trump bahawa cara terbaik untuk Presiden Amerika Syarikat itu boleh menyokong New Zealand adalah dengan memberikan nilai “simpati dan cinta” kepada semua masyarakat Islam.
Pengarang majalah Marie Claire, Isabelle Truman menyifatkan Ardern sebagai seorang yang rendah diri.
Di sebalik senyumannya yang memukau, siapa sangka ahli politik itu juga mempunyai bakat sebagai deejay kelab malam.
Kemahiran tersebut terserlah ketika festival muzik di Auckland pada 2014 apabila Ardern yang mempunyai bilangan pengikut di Instagram seramai 400,000 orang ‘mengambil alih’ tugas sebagai deejay selama 45 minit.
Terbaharu, Ardern mengumumkan akan mengharamkan penggunaan senjata separa automatik di negara itu.
Larangan berkenaan merangkumi kesemua jenis senapang serangan, alat ganti senjata berkapasiti tinggi, dan apa sahaja senjata ubah suai yang boleh menjadi senjata berkapasiti separa automatik.
Kira-kira 50 orang terkorban dalam insiden menyayat hati di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood ketika warga Islam sedang membuat persediaan untuk menunaikan sembahyang Jumaat di Christchurch.
Semoga mesej cinta yang dibawa oleh Ardern menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin dunia lain.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 20 2019
Pemimpin-pemimpin dunia memuji kepimpinan Jacinda Ardern dalam menguruskan krisis. - Gambar Fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rakyat New Zealand mengundi hari ini untuk pilih perdana menteri baharu
Rakyat New Zealand keluar mengundi pada pilihan raya umum, susulan peletakan jawatan mengejut bekas perdana menteri Jacinda Ardern.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM New Zealand Jacina Ardern dilantik sebagai Dame
Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jacinda Ardern contoh terbaik 100 hari pertama pengurusan negara - Penganalisis politik
Beliau melaksanakan langkah penyelesaian multidimensi dan membina momentum untuk pastikan kelangsungan pelaksanaan agendanya.
Chris Hipkins dilantik sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand
Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.
New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri
"Saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand."
PM baharu New Zealand: Chris Hipkins dipilih ganti Jacinda Ardern
Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-41 New Zealand pada Rabu ini.
Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baharu New Zealand
Hipkins yang berusia 44 tahun pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.
PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.