awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
Titah Agong wajar dijadikan 'peringatan' - Rais Yatim
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan Porsche kurang terjual pada separuh pertama tahun ini

Bernama
Bernama
08/07/2025
13:01 MYT
Kenderaan Porsche kurang terjual pada separuh pertama tahun ini
Dari Januari hingga Jun, kira-kira 146,400 kereta sport dan kenderaan pacuan empat roda Porsche dihantar ke seluruh dunia. - Gambar fail
STUTTGART: Pengeluar kereta mewah Jerman, Porsche sekali lagi mencatatkan penurunan jualan kenderaan pada separuh pertama tahun ini, sebahagiannya disebabkan oleh perniagaan yang merosot di China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dari Januari hingga Jun, kira-kira 146,400 kereta sport dan kenderaan pacuan empat roda dihantar ke seluruh dunia, iaitu enam peratus kurang berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Porsche dari ibu pejabatnya di Stuttgart, selatan Jerman.
Jualan Porsche jatuh sebanyak tiga peratus kepada kira-kira 310,700 kenderaan dalam tahun kewangan sebelumnya.
Di China, hanya lebih 21,300 kereta dihantar dalam tempoh enam bulan pertama, iaitu 28 peratus kurang berbanding tahun sebelumnya.
Menurut syarikat itu, antara punca utama penurunan jualan ialah keadaan ekonomi di China yang masih tegang serta persaingan pasaran yang amat sengit.
Di Jerman dan seluruh Eropah, angka jualan juga menunjukkan penurunan yang ketara dalam beberapa kes.
Dengan 43,577 penghantaran, prestasi Porsche di Amerika Utara adalah lebih baik. Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh lebih banyak kenderaan tersedia di pasaran berbanding tahun sebelumnya, menurut maklumat yang diberikan.
Selain itu, terdapat jaminan harga disebabkan tarif import Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi. Ramai pelanggan dipercayai membeli kenderaan sebelum jaminan harga itu tamat dan mereka perlu membayar lebih.
Porsche juga mencatatkan peningkatan jualan di pasaran luar negara dan pasaran sedang berkembang seperti Afrika, Amerika Latin, Australia, Jepun dan Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Porsche
#jualan kenderaan
#Jerman
#perniagaan merosot
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan