awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenny G derma saksofon untuk lelongan amal di Vietnam

Bernama
Bernama
13/11/2023
13:40 MYT
Kenny G derma saksofon untuk lelongan amal di Vietnam
Kenny G tiba di Hanoi pada Sabtu sempena persembahannya pada Selasa. - Gambar FB Kenny G
HANOI: Pemuzik jazz lagenda Kenny G akan mendermakan saksofonnya untuk dilelong bagi mengumpul dana kepada golongan yang memerlukan terutama kanak-kanak di Vietnam.
Kenny G tiba di Hanoi pada Sabtu sempena persembahannya pada Selasa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Persembahan artis berusia 63 tahun itu menandakan pelancaran projek "Good Morning Vietnam", sebuah projek muzik antarabangsa yang dikhaskan untuk masyarakat di Vietnam dan diasaskan Akhbar Nhan Dan (People) serta IB Group Vietnam.
Projek berkenaan dijangka menjadi acara tahunan yang bukan sahaja mengetengahkan muzik terkemuka dunia tetapi juga memanfaatkan semua hasil daripada aktiviti amal yang dikendalikan oleh akhbar itu.
Ini merupakan lawatan kedua Kenny G ke Vietnam selepas lawatan pertamanya pada 2015.
Persembahan "Kenny G Live in Vietnam" akan berlangsung selama lebih dua jam di Pusat Konvensyen Nasional di daerah Nam Tu Liem.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenny G
#saksofon
#acara tahunan
#muzik terkemuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan