DUNIA
Kenya vaksin lebih 21 juta kanak-kanak atasi tifoid, campak

Seramai 16.1 juta kanak-kanak telah menerima vaksin konjugat tifoid, manakala 5.18 juta lagi divaksin terhadap campak dan rubela. - Gambar hiasan/ AP
NAIROBI: Kenya memvaksin sekitar 21.3 juta kanak-kanak bagi mencegah penyakit tifoid dan campak dalam kempen terbaharunya membanteras dua penyakit berjangkit itu, menjadikannya kempen vaksinasi terbesar dalam sejarah negara Afrika Timur tersebut, menurut seorang pegawai kerajaan.
Ringkasan AI
- Kenya melaksanakan kempen vaksinasi terbesar dalam sejarahnya dengan memvaksin sekitar 21.3 juta kanak-kanak terhadap penyakit tifoid dan campak, termasuk lebih 74,000 kanak-kanak 'dos sifar' yang tidak pernah menerima imunisasi rutin.
- Seramai 16.1 juta kanak-kanak menerima vaksin konjugat tifoid dan 5.18 juta lagi divaksin terhadap campak dan rubela, dengan kadar liputan masing-masing mencapai 84 peratus dan 81 peratus.
- Vaksin tifoid kini dimasukkan ke dalam program vaksinasi kebangsaan Kenya bagi memerangi bentuk penyakit yang tahan ubat, selaras dengan usaha global mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa kanak-kanak.
Beliau berkata vaksin tifoid telah mencapai liputan nasional sebanyak 84 peratus, manakala vaksin campak mencapai kadar 81 peratus.
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin tifoid kini telah dimasukkan ke dalam program vaksinasi kebangsaan Kenya bagi memerangi bentuk penyakit itu yang tahan ubat.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), demam tifoid disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang merebak melalui makanan dan air tercemar, manakala campak merupakan antara punca utama kematian dalam kalangan kanak-kanak kecil di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami