JAKARTA: Kepulauan Riau dikenal pasti sebagai salah satu 'hotspot' pemerdagangan manusia di Indonesia, kata Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, beliau berkata wilayah itu terutamanya Batam juga dijadikan oleh sindiket sebagai pintu penyeludupan pekerja migran Indonesia ke luar negara.
"Sindiket dan jaringan pemerdagangan manusia di Batam bukan di kalangan orang biasa kerana dikoordinasi dengan baik melibatkan individu di pihak pemerintahan dan pihak swasta," katanya.
Mahfud yang juga ketua Pasukan Petugas Pencegahan dan Pengendalian Jenayah Pemerdagangan Orang di peringkat pusat memberi jaminan akan mengambil tindakan segera dan tegas.
Beliau berada di Batam minggu lepas untuk melawat pusat perlindungan mangsa sindiket St. Theresia dan mengunjungi Terminal Feri Antarabangsa Batam.
"Pengesahan serta data yang diperolehi akan disemak," katanya merujuk kepada maklumat penting aktiviti pemerdagangan manusia yang selama ini beredar sekadar khabar angin.
Perkara itu akan di bawa ke Jakarta untuk tindakan penguatkuasaan dan bekerjasama dengan Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) serta agensi lain untuk memeranginya.
"Jenayah ini serius kerana merendahkan martabat manusia secara luar biasa dan cenderung kepada perhambaan moden, malah lebih jahat dibandingkan dengan perhambaan zaman dahulu," kata Mahfud.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Mahfud yang juga ketua Pasukan Petugas Pencegahan dan Pengendalian Jenayah Pemerdagangan Orang di peringkat pusat memberi jaminan akan mengambil tindakan segera dan tegas. - Gambar/ IG @mohmahfudmd
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat
Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat si
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
37 wanita asing mangsa eksploitasi seks diselamatkan
Polis berjaya menyelamatkan seramai 37 wanita warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk kegiatan persundalan menerusi serbuan di sekitar Selangor, pada khamis.
Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India
Media Perancis melaporkan terdapat laporan yang mendakwa beberapa penumpang menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Lubuk scam: Usah ghairah dengan tawaran kerja gaji lumayan - Mangsa
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roshaidi Harun berkata, ramai ejen penipuan pekerjaan berusaha menjerat mangsa di Malaysia.
Lubuk scam: Tertarik dengan gaji lumayan, remaja dipaksa kerja sebagai scammer
Pada mulanya dijanji pendapatan sebanyak AS$1,100 (RM5,194.24), namun, kesudahannya Mira terjebak sebagai scammer!
Lubuk scam: Rangka undang-undang khusus pemerdagangan manusia, sediakan talian 'hotline'
Kerajaan Malaysia juga perlu membincangkan isu tersebut di peringkat global dan mengukuhkan kerjasama dengan negara yang menjadi lubuk scam.