Skip to main content

Dunia

Kerajaan Gaza bubar badan pentadbiran bagi mudahkan peralihan kuasa

41768688964_TBgaza.jpg
Kerajaan Gaza mengumumkan pada Isnin pembubaran Jawatankuasa Kecemasannya serta peletakan jawatan pemangku pengerusinya, sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memindahkan pentadbiran wilayah itu kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG). - Gambar fail
Advertisement

ISTANBUL: Kerajaan Gaza mengumumkan pada Isnin pembubaran Jawatankuasa Kecemasannya serta peletakan jawatan pemangku pengerusinya, sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memindahkan pentadbiran wilayah itu kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihaknya telah menyelesaikan pengaturan pentadbiran dan perundangan yang diperlukan bagi proses penyerahan sistem pemerintahan di Gaza.

Menurut kenyataan itu, persiapan berkenaan telah dibentangkan kepada pasukan kebangsaan yang mewakili puak-puak di Palestin dan kuasa politik, Jawatankuasa Tertinggi Kabilah dan Suku Kaum, serta organisasi masyarakat sivil, dengan disaksikan oleh seorang pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Pemangku Ketua Jawatankuasa Susulan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan, Mohammed Abdul Khaleq al-Farra, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, manakala Jawatankuasa Kecemasan dibubarkan secara rasmi bagi memudahkan peralihan pentadbiran itu.

NCAG menyifatkan pihaknya sebagai sebuah badan bukan politik yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal awam harian di wilayah berkenaan. Dianggotai oleh tokoh-tokoh nasional Palestin, jawatankuasa itu telah beroperasi dari Kaherah sejak pertengahan Januari lepas namun masih belum memulakan tugasnya dari dalam Semenanjung Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement