awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Op Pedo bongkar pelajar miliki 5,000 bahan lucah kanak-kanak
MALAYSIA
Rasuah lebuh raya: SPRM beredar dari kediaman Tan Sri selepas tujuh jam rekod keterangan
MALAYSIA
KPDN saran mangsa penipuan pakej haji buat aduan kepada tribunal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan

Bernama
Bernama
10/06/2024
10:30 MYT
Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan
Honda berkata ujian kenderaan bagi 22 model telah dijalankan secara tidak lengkap, termasuk pelaporan data yang dipalsukan. Tiada model semasa yang terjejas, menurut laporan tersebut. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Kementerian Pengangkutan Jepun telah memeriksa ibu pejabat Honda Motor Co di Tokyo pada Isnin selepas syarikat itu dan pengeluar kenderaan lain mengaku menjalankan ujian tidak lengkap untuk pensijilan kenderaan yang diperlukan bagi pengeluaran besar-besaran, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pengangkutan Jepun telah memeriksa ibu pejabat Honda Motor Co. di Tokyo selepas syarikat itu dan pengeluar kenderaan lain mengaku menjalankan ujian tidak lengkap untuk pensijilan kenderaan yang diperlukan bagi pengeluaran besar-besaran.
  • Honda mengaku bahawa ujian kenderaan bagi 22 model telah dijalankan secara tidak lengkap, termasuk pelaporan data yang dipalsukan. Walau bagaimanapun, tiada model semasa yang terjejas.
  • Honda adalah syarikat keempat yang diperiksa selepas Toyota Motor Corp., Yamaha Motor Co., dan Suzuki Motor Corp., menyusul pendedahan bahawa ujian keselamatan tidak dijalankan mengikut spesifikasi kerajaan. Kementerian akan memutuskan sama ada hukuman perlu dikenakan bagi mengelakkan kesalahan berulang.

Selepas pemeriksaan itu, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan akan memutuskan sama ada untuk mengenakan hukuman pentadbiran bagi mengelakkan kejadian berulang dan menentukan jika pemanggilan semula diperlukan dengan memeriksa sama ada kenderaan yang terjejas memenuhi piawaian keselamatan dan prestasi alam sekitarnya, lapor Kyodo News.
Honda berkata ujian kenderaan bagi 22 model telah dijalankan secara tidak lengkap, termasuk pelaporan data yang dipalsukan. Tiada model semasa yang terjejas, menurut laporan tersebut.
Honda menjadi syarikat keempat yang diperiksa di bawah undang-undang kenderaan pengangkutan jalan raya selepas Toyota Motor Corp., Yamaha Motor Co., dan Suzuki Motor Corp., seminggu selepas lima pembuat kereta mendedahkan bahawa ujian keselamatan tidak dijalankan mengikut spesifikasi kerajaan.
Sebanyak 38 model dikeluarkan oleh lima pengeluar kenderaan terjejas. Enam daripada model yang terjejas yang dihasilkan oleh Toyota, Mazda, dan Yamaha Motor kini berada di pasaran dan kementerian telah mengarahkan penghantaran dihentikan.
Menurut laporan itu, kementerian akan memulakan siasatan terhadap Mazda Motor Corp. tidak lama lagi.
Salah laku terbaru itu didedahkan selepas kementerian pengangkutan mengarahkan 85 pengeluar kenderaan dan pembekal alat ganti untuk menyiasat sama ada pensijilan diperoleh dengan betul, berikutan beberapa siri skandal serupa yang melanda syarikat kumpulan Toyota pada 2022 dan seterusnya.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Honda
#skandal penipuan ujian
#ibu pejabat Honda
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami