awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kanada arah timbang tara untuk akhiri mogok Air Canada

Bernama
Bernama
17/08/2025
06:15 MYT
Kerajaan Kanada arah timbang tara untuk akhiri mogok Air Canada
Mogok diketuai CUPE itu bermula pagi Sabtu dan kira-kira 130,000 pelanggan akan terjejas setiap hari selagi mogok berterusan. - Foto AP
OTTAWA: Kerajaan Persekutuan Kanada mengarahkan pelaksanaan timbang tara yang mengikat bagi menamatkan mogok melibatkan kira-kira 10,000 kru kabin Air Canada yang bermula awal Sabtu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Kanada mengarahkan timbang tara mengikat untuk menamatkan mogok 10,000 kru kabin Air Canada yang bermula Sabtu, bagi melindungi rakyat dan pelawat daripada gangguan penerbangan.
  • Timbang tara ini akan menentukan terma baharu perjanjian kolektif dan melanjutkan terma sedia ada sehingga keputusan muktamad dicapai.
  • Mogok ini menjejaskan kira-kira 130,000 pelanggan setiap hari dan berisiko mengganggu penghantaran barangan kritikal seperti ubat dan organ manusia, yang sebahagian besarnya diangkut oleh Air Canada.

Menteri Pekerjaan dan Keluarga, Patty Hajdu dalam satu kenyataan berkata beliau menggunakan kuasa di bawah Seksyen 107 Kod Buruh Kanada untuk mengarahkan Lembaga Perhubungan Perindustrian Kanada menjalankan timbang tara dalam pertikaian antara Air Canada dan Kesatuan Pekerja Awam Kanada (CUPE).
"Kesan besar akibat gangguan buruh di seluruh negara pada skala ini sudah mula dirasai rakyat Kanada dan pelawat ke negara ini.
"Kesan itu akan meningkat dengan ketara sekiranya pertikaian berlarutan," menurut kenyataan itu.
Beliau meminta lembaga berkenaan membantu kedua-dua pihak menyelesaikan terma-terma perjanjian kolektif dengan melaksanakan timbang tara muktamad dan mengikat, serta melanjutkan terma perjanjian kolektif sedia ada sehingga perjanjian baharu ditentukan oleh penimbang tara, menurut kenyataan itu.
Keputusan ini akan melindungi ratusan ribu rakyat Kanada dan pelawat daripada terkesan akibat pembatalan penerbangan.
Ia juga akan memastikan penghantaran barangan kritikal seperti ubat-ubatan dan organ manusia, lebih 40 peratus daripadanya diangkut oleh Air Canada terus sampai ke destinasi.
Air Canada dalam kenyataannya mengesahkan mogok yang diketuai CUPE itu bermula secara rasmi pada 12.58 pagi waktu tempatan (0458 GMT) Sabtu, dan kira-kira 130,000 pelanggan akan terjejas setiap hari selagi mogok berterusan.
Walaupun rundingan selama lapan bulan mengenai isu bayaran pampasan, elaun tugas darat, penambahbaikan pencen dan faedah, serta pertambahan hari rehat kru dijalankan, Air Canada masih gagal mencapai persetujuan awal dengan CUPE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan Kanada
#arah timbang tara
#mogok
#Air Canada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan