SEOUL: Kerajaan Korea Selatan mengumumkan langkah untuk memperbaharui sistem 52 jam kerja seminggu dengan memberi lebih fleksibiliti dan pilihan dalam waktu bekerja.
Di bawah sistem yang diperkenalkan pada 2018, majikan mesti mengehadkan kerja lebih masa kepada 12 jam seminggu untuk memastikan jumlah jam bekerja kekal 52, lapor Agensi Berita Yonhap.
Semakan itu antara lain akan menjamin tempoh rehat berturut-turut selama 11 jam antara setiap hari bekerja dan untuk membolehkan syarikat meningkatkan jam bekerja mingguan maksimum kepada 69 sambil mengekalkan purata had kerja 52 jam.
Kerajaan juga akan menerima pakai sistem sabatikal baharu dengan pekerja boleh menjimatkan tempoh kerja lebih masa sebagai hari cuti bergaji supaya ia boleh digunakan berturut-turut dengan hari cuti bergaji tahunan.
Keputusan fleksibiliti itu hendaklah diterima pakai atas persetujuan antara buruh dan pengurusan setiap syarikat.
"(Pelan itu) akan memberi manfaat kepada pekerja dengan pelbagai sistem waktu bekerja seperti empat hari seminggu bekerja dan satu bulan sabatikal, sambil membantu syarikat dalam menguruskan tenaga kerja mereka," kata Menteri Buruh Lee Jeong Sik pada taklimat akhbar.
Orang ramai mempunyai tempoh 40 hari untuk mengemukakan pendapat mereka mengenai semakan itu sebelum ia dibawa ke Dewan Negara untuk kelulusan pada Jun-Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Kerajaan juga akan menerima pakai sistem sabatikal baharu dengan pekerja boleh menjimatkan tempoh kerja lebih masa sebagai hari cuti bergaji.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pasaran kewangan dan pertukaran asing Korea Selatan "semakin stabil" selepas pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.