awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan UK larang guna teknologi 5G Huawei

Agensi
Agensi
14/07/2020
21:55 MYT
Kerajaan UK larang guna teknologi 5G Huawei
Mulai hujung tahun ini, pengendali telekomunikasi di UK dilarang membeli peralatan 5G dari Huawei. - Gambar hiasan
UNITED Kingdom (UK) membatalkan hasrat menggunakan tekonologi 5G Huawei sebagai sistem telekomunikasi selular di negara itu.
Langkah itu diambil selepas Amerika Syarikat mengancam menghentikan perjanjian perkongsian risikan kerana bimbang sistem Huawei digunakan kerajaan China menceroboh rangkaian UK.
Setiausaha Kebudayaan UK, Oliver Dowden memberikan tempoh kepada pengendali telekomunikasi sehingga 2027 untuk menggantikan peralatan huawei yang sudah dipasang di rangkaian 5G negara itu.
“Kerajaan bersetuju dengan saranan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan. Cara terbaik melindungi rangkaian kita adalah dengan cara, pihak pengendali berhenti menggunakan peralatan Huawei baru yang terkesan, untuk membina rangkaian 5G di UK pada masa akan datang.
“Maksudnya, mulai hujung tahun ini, pengendali telekomunikasi tidak boleh membeli peralatan 5G dari Huawei dan sebaik rang undang-undang keselamatan telekomunikasi diluluskan, menjadi satu kesalahan jika mereka berbuat demikian,” jelas Dowden.
Terdahulu, Perdana Menteri Boris Johnson turut diberikan tekanan dalam kalangan ahli partinya dari Konservatif yang mengkritik tindakan China terhadap Hong Kong dan etnik Uighur, termasuk syarikat Huawei yang mempunyai kaitan dengan kerajaan China.
BACA: UK kaji penglibatan Huawei, mahu pastikan keselamatan negara tidak terjejas
Topic Berkaitan
#5G
#Boris Johnson
#ceroboh
#China
#Hong Kong
#Huawei
#kerajaan
#keselamatan
#Oliver Dowden
#peralatan
#Perdana Menteri
#perjanjian
#perkongsian
#Rang Undang-Undang
#risikan
#telekomunikasi
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan