awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan

Bernama
Bernama
04/07/2022
04:53 MYT
Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Truss berkata rampasan aset Rusia yang dibekukan oleh kerajaan UK "kemungkinan besar" memerlukan undang-undang tertentu untuk diluluskan, atau mungkin tidak perlu. - REUTERS
MOSCOW: Setiausaha Luar United Kingdom (UK) Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine, lapor Sputnik.
"Saya menyokong konsep itu dan kami sedang menelitinya. Kanada baru sahaja meluluskannya. Kami sedang mengusahakannya bersama dengan Pejabat Dalam Negeri, tetapi saya sangat bersetuju dengan konsep itu. Kami hanya perlu buat keputusan dengan betul," kata Truss kepada Ahli Parlimen minggu lalu, seperti dipetik The Guardian pada Ahad.
Beliau berkata rampasan aset Rusia yang dibekukan oleh kerajaan UK "kemungkinan besar" memerlukan undang-undang tertentu untuk diluluskan, atau mungkin tidak perlu.
Truss menyokong idea bahawa dana itu boleh diagihkan semula kepada rakyat Ukraine yang terjejas berikutan operasi ketenteraan khas Rusia terhadap Ukraine pada 24 Februari.
Sebagai tindak balas kepada operasi Rusia itu, negara-negara Barat melancarkan kempen sekatan menyeluruh terhadap Moscow dan telah membekalkan senjata ke Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan United Kingdom
#Rusia
#Ukraine
#rampasan harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan