NEW YORK: Hanya makan sekeping kerepek tortilla, membuktikan seseorang itu ‘hebat’ kerana dapat bertahan dengan kepedasan!
Namun, gimik pemasaran itu ‘makan tuan’ apabila satu kes kematian dikaitkan dengan produk berkenaan.
AP melaporkan, syarikat pengeluar Paqui menerusi produknya, “One Chip Challenge”, telah serta-merta menarik produk kerepek pedasnya dari pasaran susulan kes kematian seorang remaja dari Massachusetts, Amerika Syarikat.
Sementara keputusan bedah siasat bagi pelajar gred 10, Harris Wolobah, itu masih ditunggu, keluarganya mendakwa produk dan trend tular “One Chip Challenge” menjadi punca kematiannya pada 1 September lalu.
Produk berkenaan meminta peserta cabaran supaya memakan sekeping kerepek tersebut dan diuji selama mana seseorang itu mampu bertahan pada rasa pedas, tanpa meminum air atau mengambil makanan lain.
Kepingan tunggal kerepek yang dibungkus secara khusus itu membuatkan ramai individu menyahut cabaran berkenaan. Remaja dan kanak-kanak tidak terkecuali mahu mencubanya, dan kemudian memuat naik pengalaman itu ke media sosial. Terdapat video yang menunjukkan pemakan kerepek itu terbatuk, tersedak dan merayu untuk diberikan air segera.
Sejak kematian Wolobah, Paqui meminta peruncit untuk berhenti menjual produk berkenaan, sementara pakar kesihatan mengeluarkan amaran tentang bahaya mengambil produk makanan yang terlalu pedas.
Insiden itu telah menarik perhatian umum tentang trend popular dalam talian masa kini, yang antara lain mencabar pengguna mencuba produk makanan pedas.
Cabaran makanan pedas sudah dikenali sejak sedekad lalu. Dari pertandingan memakan lada mentah hingga restoran yang menawarkan pengiktirafan kepada pelanggan yang dapat menghabiskan hidangan pedas.
Di Asia misalnya, banyak produk mi segera dari pelbagai negara yang memasukkan elemen 'cabaran pedas' dalam produk keluaran masing-masing.
Masyarakat di seluruh dunia yang dibantu oleh media sosial, sudah kerap saling mencabar diri masing-masing untuk mencuba makanan pedas, tanpa memikirkan bahawa dalam situasi tertentu, ada risiko yang menanti.
“Banyak cabaran di media sosial ini diglamorkan. Jumlah ‘Like’ dan komen menjadi indikator tentang status sosial dan populariti seseorang bagi setiap cabaran ini, namun anda tidak lihat kemungkinan negatif di sebaliknya – seperti dikejarkan ke bilik kecemasan atau kecederaan lain,” ujar profesor psikologi di Florida International University, Elisa Trucco.
Sementara itu, seorang profesor pemasaran di Northeastern University, Alexander DePaoli, pula berkata, pengguna kini sengaja meletakkan diri mereka yang menempuhi ketidakselesaan dan kemudian berkongsi tentangnya di dalam talian, hanya untuk rasa diri mereka “tergolong dalam satu kumpulan”.
Agensi
Sun Sep 17 2023
Benarkah kematian Harris Wolobah ada kaitan dengan tindakannya menyahut cabaran memakan kerepek tortilla keluaran Paqui ini? - AP
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Kerepek tortilla paling pedas di pasaran, seorang remaja maut akibat sahut cabaran
Insiden itu menarik perhatian umum tentang trend popular dalam talian masa kini, yang antara lain mencabar pengguna mencuba produk makanan pedas.