Empat puluh empat orang terbunuh, manakala 103 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang Iran bertembung kira-kira 250 km di timur Tehran, media tempatan melaporkan.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan empat gerabak tergelincir, di mana dua daripadanya terbakar.

Menurut Jurucakap Bulan Sabit Merah Iran, Mostafa Mortazavi, anggota bomba masih cuba untuk mengawal kebakaran yang berlaku.

Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan kemudian mengumumkan melalui agensi berita Tasnim bahawa operasi menyelamat telah selesai dan jumlah kematian adalah 44 orang.

Setakat ini 100 penumpang telah diselamatkan, manakala empat yang terkorban merupakan pekerja kereta api.

Siasatan ke atas punca kemalangan di wilayah utara Semnan masih berterusan.